Mendidik anak memerlukan ilmu pengetahuan yang cukup dan seorang
‘role-model’ untuk diteladani. Bagi umat Islam, contoh teladan yang terbaik
adalah rasul junjungan yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W. Baginda umpama
ensiklopedia sebagai penyuluh buat segenap manusia.
Semua anak yang dilahirkan adalah pembawa
rahmat dan rezeki buat semua keluarga. Mereka dilahirkan penuh dengan kelebihan
dan keistimewaan. Tiada istilah mereka dilahirkan membawa ‘nasib malang’ atau
tidak elok buat kita.
Dilema ibubapa hari ini apabila setiap usaha yang mereka lakukan
untuk mendidik anak-anak umpama mencurah air didaun keladi. Tiada apa perubahan
positif yang terjadi pada tingkahlaku mereka. Jika tugas sebagai seorang guru
di sekolah boleh mendidik beratus-ratus anak murid, tetapi ianya bukan jaminan
kita mampu mendidik pada anak sendiri. Tertanya-tanya dimanakah silapnya.
Baik guru, pensyarah mahupun pakar motivasi semuanya adalah
manusia biasa. Tiada satu formula yang ideal dalam usaha membentuk anak-anak
untuk menjadi orang yang cemerlang. Apa yang terbaik adalah berbalik kepada
fitrah dan sunnah yang telah sekian lama diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.
4 tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w
adalah :
1) Umur anak-anak
0-6 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan,
mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan
mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap
adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan
kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.
Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.
Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.
2) Umur anak-anak
7-14 tahun. Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB
kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya
mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana
meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat
tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk
menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian
muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta
sendiri muka Nabi Adam.
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.
3) Umur anak-anak
15- 21 tahun. Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini,
ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan
berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi
anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan
‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia
kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka,
elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang
lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua
mereka.Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka
sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan
terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua
kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.
4) Umur anak 21
tahun dan ke atas. Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh
KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan
mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar
setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan
kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. Insha’Allah dengan segala displin
yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka.
Ibubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat
yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku
yang baik seperti yang ibubapa inginkan.
Curahkan Kasih Sayang dengan Bermain
Bersama-sama Mereka
Tiada manusia dilahirkan tanpa titik permulaan. Sesungguhnya
fasa yang terpenting dalam tumbesaran setiap anak-anak adalah pada fasa yang
pertama mengikut didikan Rasulullah S.A.W seperti di atas. Tahap ini dianggap
paling penting kerana ketika inilah asas @ foundation dalam kerohanian
anak-anak yang sihat terbentuk.
Mengikut ujian tingkah laku, anak-anak yang diberi perhatian dan
kasih sayang yang cukup akan membesar dengan penuh yakin dan lebih mudah
mendengar kata. Sebaliknya bagi anak-anak yang kurang diberi perhatian, mereka
mudah memberontak dengan melakukan perkara yang ditegah walaupun berulang kali
ditegur. Mereka percaya itulah cara terbaik bagaimana untuk menarik perhatian
anda semula.
Masa Kecil Mereka Takkan Berulang Buat Kali
Kedua…
Dipetik kata-kata Prof Dr Muhaya dalam siaran
langsung di radio IKIM.fm dalam segmen ‘Reset Minda Orang Yang Tenang’
baru-baru ini,
“Carilah aktiviti atau program yang memberi manfaat masa berkualiti bersama anak-anak. Program yang menekan seperti ikatan kekeluargaan ataupun ‘family bonding time’ adalah program terbaik dalam ‘membayar’ semula masa dan tenaga yang kita gunakan untuk mencari rezeki kepada anak-anak”.
“Carilah aktiviti atau program yang memberi manfaat masa berkualiti bersama anak-anak. Program yang menekan seperti ikatan kekeluargaan ataupun ‘family bonding time’ adalah program terbaik dalam ‘membayar’ semula masa dan tenaga yang kita gunakan untuk mencari rezeki kepada anak-anak”.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar